SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH MENENGAH

KE ARAH 1MALAYSIA SEJAHTERA







Wednesday, June 2, 2010

PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

Projek khidmat masyarakat merupakan satu komponen wajib yang perlu dilaksanakan di sekolah menengah. Tujuan utama projek ini perlu dilaksanakan adalah untuk memastikan semua pelajar mempunyai rasa prihatin terhadap masyarakat, mengeratkan perpaduan dan menggalakkan potensi keterampilan diri dalam setiap pelajar. Projek ini perlu dilaksanakan supaya pelajar meperoleh 20 % daripada keseluruhan markah penilaian bagi setiap hujung tahun. Markah selebihnya bolehlah diperolehi melalui peperiksaan yang merangkumi aspek pengetahuan sebanyak 60 %. Manakala 20 % lagi adalah berdasarkan markah kemahiran dan nilai / sikap.

Pelaksanaan projek khidmat masyarakat adalah di luar waktu pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah tidak kurang dari 10 jam. Laporan hendaklah di sediakan oleh setiap murid di akhir projek sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kumpulan besar. Sungguhpun begitu, guru-guru hendaklah memastikan penglibatan murid adalah menyeluruh.

Bagi memberikan sedikit panduan kepada pihak guru dan pelajar, pihak BPK telah mencadangkan contoh-contoh projek khidmat masyarakat dan bentuk laporan yang sesuai dengan kebolehan pelajar. Walaubagaimanapun tema telah ditetapkan untuk mengelakkan berlakunya pertindihan jenis projek pada tahun-tahun berikutnya kepada pelajar yang sama.
Berikut adalah tema-tema yang telah ditetapkan mengikut tingkatan:
Tingkatan 1 - Pencapaian Kendiri
Hubungan Kekeluargaan
Tingkatan 2 - Hidup Bermasyarakat
Tingkatan 3 - Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia
Tingkatan 4 - Malaysia Negara Berdaulat
Tingkatan 5 - Cabaran Masa Depan

Semua sekolah telah didedahkan tentang projek khidmat masyarakat ini melalui wakil-wakil guru yang telah menghadiri kursus pendedahan subjek PSK semenjak tahun 2003. Berbagai bahan telah dibekalkan oleh juru latih utama negeri kepada wakil-wakil guru tersebut. Walaubagaimanapun, guru-guru bolehlah mendapatkan bahan-bahan tersebut dari semasa ke semasa dalam laman blog psksm mgckulai atau menghantar email kepada saya mnor43@yahoo.com.

Selamat maju jaya.

No comments:

Post a Comment